Powered By Blogger

Monday, July 27, 2009

journey continued


Assalamualaikum..

Dah lama aku tak menulis, sepanjang 10 hari di lautan luas, hari ni baru aku berpeluang untuk menulis. Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi sepanjang pelayaran kali ni. Keadaan laut yang banyak menguji kesabaran serta kecekalan warga kapal dalam mematangkan kami sebagai seorang pelaut yang professional. Sepanjang pelayaran bayak benda yang aku pelajari di tengah lautan ni. Pertamanya soal agama. Ustaz banyak mengajar kami perkara-perkara ni. Sedikit sebanyak moral warga kapal kekal berada di tahap yang terbaik. Banyak perkara yang aku ingat.. pertamanya kedua ibu bapa aku di rumah.. bagaimana keadaan mereka. Jauh di sudut hati aku sentiasa doakan akan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Chekah.. sorang lagi antara manusia yang sering bermain di fikiran aku.. mana taknya aku dah meman betul2 suka kat dia. Tapi dia tu.. macam main tarik tali jer ngan aku.. dia ada yang lain.. tapi aku tetap yang terbaik, so bagi aku kalau ada jodoh tu memang ada. Even aku rasa respon yang dia bagi tu membuatkan aku semakin yakin. Tapi tu la aku takleh la nak kata dia aku punya. Malas nak cakap pasal ni coz aku memang tak suka akan persaingan. So wat masa ni memang aku concerntrate kat dia je dulu.. until I get further notice.. hehe samada aku angkat kaki ataupun dia aku punya. Malas dah nak paksa-paksa.. dia pun kalo dia yakin ngan aku surely dia akan terima aku seadanya. Ni tak jugak dia stil ada bf dia jugak.. adakah aku wat benda yang bodoh, ataupun dia memang bukan untuk aku. Hati aku kuat katakan yang dia memang untuk aku. Tapi dia masih lagi belum jelas dengan keadaan ni. Bagi aku apa yang aku nak adalah kepastian nak suruh aku tunggu berapa lama pun buleh, tapi tu la.. kalo aku dah bagi comitmen sorang2 than dia pulak selamba je nak tinggalkan aku mau tak aku terkangkang kera lepas tu.. sedih kan kisah aku ni.. tapi nak wat macamana.. sekkurang-kurangnya aku puas hati dengan apa yang aku buat ni, aku turutkan kata hati aku. Bukan sapa-sapa yang pengaruhi keputusan aku. So aku kenala terima just setiap decision yang aku wat ni ada risikonya,. Cuma adakah risiko yang aku amik ni terkawal. Ataupun di luar kawalan. So aku pasrah la.. dengan keadaan aku di tengah lautan ni moral dan mentality aku ni harus aku jaga demi memastikan mood pelayaran aku ni terjaga. Komitmen terhadap kerja tu penting bagi aku buat masa ni. Semalam keadaan laut yang tenang tiba-tiba berubah dan keadaan menjadi huru hara. Hampir tiga jam warga kapal bergelut dalam keadaan taufan yang dahsyat. Taufan tropika yang melanda Vietnam dan beredar hingga ke pesisir pantai sabah sehingga ke kudat ni membuatkan kami warga kapal benar-benar merasakan cabaran lautan. Laungan azan dialuangkan sebanyak 3 kali dua di belakang dan sekali di hadapan kapal. Namun tiupan angin masih lagi mengganas dan dan pukulan ombak setinggi 4 meter membuatkan kapal tenggelam dan timbul dek pukulanya. Keadaan dahsyat ini membuktikan betapa kerjasama berpasukan amat penting dalam organisasi sebegini. Keadaan kembali tenang setelah kapal bersauh di posisi kedua dimana, kedudukan kapal sedikit terlindung.barulah keadaan menjadi sedikit reda. Bumi sabah. Ini bukan kali pertama aku ke sini. Dan pastinya Bandar ini banyak meninggalkan kenangan manis dalam hidup aku. Esok aku akan masuk ke pelabuhan PTKK..

laporan

LAWATAN OPERASI KLD TUNAS SAMUDERA KE BRUNEI DARUSSALAM

Pada 24 julai 2009, KLD TUNAS SAMUDERA sekali lagi melakar sejarahnya tersendiri dengan melakukan lawatan operasi ke Negara Brunei Darussalam. Brunei Darussalam merupakan sebuah negara yang terletak di kepulauan Borneo. Malah negara ini merupakan jiran yang terhampir dengan negara kita. Tidak hairanlah bahawa kita sememangnya memiliki hubungan yang baik diantara kedua-dua negara ini. Negara yang memiliki kepadatan penduduk pada kira-kira 589 000 orang penduduk ini merupakan salah sebuah negara Islam yang terdapat di rantau ini. Bahasa melayu merupakan bahasa rasmi bagi negara ini. Negara ini dilihat unik kerana masih mengekalkan sistem pemerintahan beraja. Lawatan muhibbah ini bukan sahaja mengeratkan hubungan baik yang sedia terjalin diantara dua negara ini amnya, malah ianya juga turut mengeratkan hubungan antara warga Tentera Laut Diraja Malaysia dan juga warga Tentera Laut Diraja Brunei. KLD TUNAS SAMUDERA yang terlibat dalam misi Pelayaran SAIL BUNAKEN 09 di Bitung, Sulawesi Utara pada 12 hingga 20 Ogos 2009 memilih untuk bersinggah di Brunei dalam melaksankan misi pelayaran ini. Tepat jam 0900H, KLD TUNAS SAMUDERA selamat berlabuh di jeti TLDB yang baru siap dibina. Ketibaan KLD TUNAS SAMUDERA disambut dengan meriah oleh warga TLDB beserta dengan iringan muzik kumpulan pancarangam TLDB.

Ketibaan KLD TUNAS SAMUDERA ini sememangnya amat dinanti-nantikan oleh warga TLDB dan juga masyarakat negara ini yang ingin melihat sendiri Tall ship yang menjadi kebanggan TLDM. Pelbagai acara telah dirancangkan buat warga kapal sepanjang berada di negara ini. Acara dimulakan dengan kunjungan hormat Pegawai Memerintah KLD TUNAS SAMUDERA iaitu Lt Kdr Mohd Zaidi bin Ibrahim TLDM ke atas Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Dan Pemerintah Tentera Laut Di Raja Brunei. Dalam masa yang sama juga, berlangsungnya perlawanan futsal dan bola tampar diantara warga kapal dan warga TLDB di pangkalan mereka. Walaupun keputusan kedua-dua perlawanan berpihak kepada mereka namun semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh warga kapal jelas mencerminkan imej baik yang sentiasa dipegang oleh warga TLDM. Perlawanan ini juga merupakan salah satu platform dalam mengeratkan hubungan diantara warga kapal dan juga warga TLDB. Pelayaran mengelilingi dunia KLD TUNAS SAMUDERA merupakan pelayaran yang amat mengkagumkan malah warga TLDB juga turut mengikuti perkembangan kapal melalui laman web rasmi Tunas Samudera. Mereka juga turut menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian kapal ini.

Sebaik segala acara selesai, warga kapal kembali ke kapal dan mempersiapkan kapal untuk acara resepsi yang dianjurkan oleh pihak kapal sebagai tanda penghormatan kepada pihak TLDB. Perkara ini sememangnya sinonim dengan mana-mana kapal TLDM yang melawat negara asing. Pelbagai persiapan dilakukan demi memastikan acara yang dianjurkan berjalan dengan lancar. Apa yang lebih membanggakan ialah acara pada malam ini turut di hadiri oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei iaitu Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Dato Haji Awang Halbi bin Haji Yussoff. Selain itu kehadiran TYT Dato’ Ku Jaafar bin Ku Shaari iaitu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei turut memeriahkan majlis kami. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Pemerintah Tentera Darat Brunei dan juga pegawai-pegawai kanan kerajaan Brunei. Majlis pada malam itu berjalan dengan lancar dan turut diserikan dengan persembahan nyanyian berkumpulan warga kapal yang berjaya menarik perhatian tetamu yang hadir. Majlis yang meriah serta hidangan yang istimewa merupakan imej KLD TUNAS SAMUDERA dalam memastikan jemputan pulang dengan perasaan yang puas selain meninggalkan pelbagai kenangan manis yang pastinya terpahat di ingatan mereka.

Keesokan harinya, KLD TUNAS SAMUDERA sekali lagi menggalas tugasan penting iaitu membawa Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei serta pegawai-pegawai TLDB untuk mengikuti pelayaran bersama KLD TUNAS SAMUDERA. TYT Dato’ Ku Jaafar juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama warga KLD TUNAS SAMUDERA pada hari ini. Pelayaran selama empat jam di sekitar perairan Brunei ini pastinya singkat buat mereka, namun pelbagai aktiviti telah dirancangkan buat mereka sepanjang empat jam. Sebaik sahaja kapal selesai melalui laluan pemalim, kesemua layar Fore and Aft dikembangkan sebagai demonstrasi. Warga TLDB juga diberi peluang untuk memanjat tiang layar hadapan dan juga diberi peluang untuk mengendalikan layar di bawah pengawasan warga kapal. Aktiviti ikatan tali dan juga pertandingan tarik tali juga dilaksanakan bagi memastikan empat jam yang berlalu begitu bermakna. Jelas warga kapal dan warga TLDB sememangnya mempunyai persefahaman yang baik dalam melaksanakan tugasan di kapal. Pada jam 1230H, kapal selamat bertambat di pelabuhan awam Muara, Brunei Darussalam.

Selesailah sudah tugasan KLD TUNAS SAMUDERA di Brunei Darussalam. Kini tibalah masanya untuk warga kapal bersiar-siar disekitar Bandar Seri Begawan yakni ibu negara Brunei Darussalam. Warga kapal tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan senibina masjid-masjid yang amat mengkagumkan di sekitar Bandar ini dari dekat. Masjid Umar Ali Saifuddin melambangkan keunikan senibina islam yang juga menjadi kebanggaan rakyat Brunei Darussalam. Pada ketika ini sekitar jalan-jalan raya di brunei dipenuhi dengan pelbagai hiasan. Di sana-sini kelihatan ucapan sembah tahniah rakyat keatas ulangtahun kelahiran raja pemerintah negara ini. Selain itu, warga kapal juga turut berpeluang melawat ke Bangunan Regalia dimana tersimpannya pelbagai alat kebesaran diraja. Peluang ini digunakan sebaiknya oleh warga kapal untuk melihat sendiri dengan lebih jelas gaya hidup masyarakat negara ini. Walaupun tidak banyak perbezaan yang ketara dengan cara hidup masyarakat negara kita namun masih terdapat perbezaan yang unik wujud dalam masyarakat negara ini. Masyarakat Negara ini amat prihatin terhadap perayaan yang disambut.

Peluang berkelepasan digunakan sebaiknya oleh warga kapal. Inilah masanya untuk melihat sendiri serta merasai keunikan masakan tempatan. Walaupun terdapat jurang dalam kadar tukaran wang di negara ini, namun ianya bukanlah masalah bagi warga kapal untuk merasai keenakan ambuyat iaitu masakan istimewa yang hanya boleh didapati di Brunei sahaja. Membeli cendera kenangan merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh warga kapal sebagai bukti tempat yang telah dilawati. Keramahan masyarakat, keamanan negara ini pastinya menjadi kenangan yang indah untuk dikenang oleh warga kapal. Pastinya lawatan KLD TUNAS SAMUDERA ke Brunei Darussalam juga meninggalkan kenangan yang indah buat warga TLDB dan masyarakat setempat amnya.

Pada hari terakhir sebelum kapal memulakan pelayaran, Pegawai Memerintah beserta dua orang pegawai kapal telah dijemput untuk bersarapan bersama pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei di Wisma Pegawai TLDB. Layanan yang amat istimewa telah diberikan buat kami sepanjang berada di sini merupakan satu pengalaman yang ahrus dikenang ketika berada di negara ini.Kami amat berbangga untuk berada di negara ini lebih lama namun apakan daya, masih banyak perkara yang belum diselesaikan. Kapal belayar meninggalkan pelabuhan Muara tepat jam 0845H dengan meninggalkan seribu satu kenangan manis. Lambaian serta ucapan selamat tinggal bukanlah merupakan berakhirnya sebuah hubungan baik yang telah sekian lama terjalin diantara kedua-dua negara, namun ianya hanyalah sementara dan pasti banyak lagi agenda akan menyusul demi menjaga hubungan baik ini.

brunei..

Sedar tak sedar dah dah dua minggu aku meninggalkan kehidupan aku di daratan..hehehe macam la lama sangat nak buat macamana dah jalan ni yang aku pilih.. semalam kapal selamat keluar meninggalkan brunei Darussalam. Sebuah Negara yang aman dan kaya.. kagum aku sejenak dengan kehidupan masyarakatnya.. mereka begitu menghormati pemimpin mereka. Malah sambutan hari keputeraan baginda disambut dengan penuh menriah di seluruh Negara. Sepanjang berada di brunei aku terputus hubungan komunikasi dengan semuasahabat dan keluarga. Almaklumlah kali ni aku memang sudah bersedia untuk tidak terlalu menghubungi mereka. Bukan tiada kepentingan tapi aku sendiri yang rasa malas. Malas nak bergaduh ngan kengkawan.. ye la ada yang terasa hati la ngan aku tapi ada jugak yg menghiburkan hati aku. So amik langkah berhati-hati andplay safe so aku biarkan je hidupku tanpa henfon.. siksanya.. bukan aku tak penah merasa macam ni tapi dah terbiasa dengan henfon dalampoket.. esok kapal sekalilagi akan memasuki pengkalan KK.. dan esok juga adalah ahri lahir ayah kesayangan aku.. ntah la hadiah apa yang harus aku bagi.. selain dari kasih saying dan menjaga hati dia.. dia memang seorang ayah yang bagus.. great dad!! Aku nak jadi macam dia.. kagum aku dengan cara dia walaupun dulu aku takut2 jugak nak cakap pape ngan dia tapi bila dah semakin membesar dia ibarat macam kawan yang baik buat aku.. seorang ayah dan juga seorang teman yang baik.. semuaperihal kehidupan aku, baik buruk aku takpernah aku selindungkan dari pengetahuan dia. Kerana aku tahu seburuk mana pun jadinya aku, dia tetap akan menerima aku.. kerana aku anak dia.. tapi takde la buruk mana pun aku ni.. pasal hidup aku.. ntah la.. macam makin jauh jer..

Apa nak buat hati manusia tak semuanya sama.. apa yang dizahirkan di mulut belum tentu di hati.. jadiaku hanya terima takdir dan ketentuan Nya… apa pun terima.. hehehe boring jugak ni.. memikirkan hari raya tahun ni,, macam biasa la niat aku sentiasa suci nak membahagiakan semua kaum keluarga aku.. hehe ada benda baru ni aku nak kongsini.. dalam pelayaran aku tengok sebuah filem English yang mengisahkan tentang kehidupan sebenar seorang submariner.. dalam sebuah kapal selam milik Russia.. memang la kalo tengok kahidupan dalam kapal yang sempit serta keadaan kerja yang menekan pastinya aku sendiri akan fed up malah hilang semangat untuk terus bekerja.. tapi dahagi ataupun melawan arahan atasan bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik dalam memastikan masa depan karier.. dalam kehidupan dunia ketenteraan ni memang banyak perkara yang perlu kita fikirkan.. selalugak aku cakap pasal membuat keputusan ni.. so post kali ni aku nak cakap tentang biarlah satu hari nanti kita kehilangan jawatan/position/pangkat tapi janganlah kita hilang rasa hormat dalam diri kita.. kejarlah sesuatu itu berdasarkan matlamat yang betul bukan dengan perasaan dan nafsu.. erti kesabaran sememangnya sukar untuk ditafsirkan oleh sesapa jua..jadi cukuplah sampai takat ni.. untuk kali ni aku dah janji nak sponsor CO lama aku hadiah butang baju melayu.. hehehe bukan kipas tapi rasa terima kasih aku., tak lupa jugak umi, aidil n ashraf yang banyakmembantu aku.. adalah sumthing untuk depa.. sekian je la..

Wednesday, July 1, 2009

roda kehidupan

Life ni memang macam roda dulu aku agak susah nak percaya la.. skang i kena percaya bahawa dunia ni memang betul-betul ada hakikat.. pernah la aku percaya yang hakikat ni memang ada tapi kehendakNya yang tentukan.. hari ni balik keja agak awal… hehe biasala bukan apa dah memang takde keje dari aku melakukan kerja yang tak berfaedah better aku duk bilik layan mata aku yang perlukan belaian seorang insan ni.. bukan susah pun tutup jer lama2 than bila sedar tgok jam di dinding tu mesti makan masa..tapi agak pelik jugak la hari ni aku dah settle kan perkara yang penting yang amat memerlukan perhatian yang teliti.. perkara melibatkan kewangan. perkara yang melibatkan kewangan ni lah yang menunjukkan penilaian kepada diri kita sendiri.. macam biasala nak pusing tu pusing la tapi agak2… bagi aku , perlu telus la..dalam menguruskan hal sebegini kerana anda sedang diperhatikan oleh yang Maha Esa.. disinilah aku dapat tgok betapa manusia ni akan menilai manusia yang lain.. keikhlasan, kejujuran dan juga ketelusan hati.. aku mcam biasa uruskan sekadar yang termampu saja.. sekiranya benda tu takperlu sapa2 tahu dan aku saja yang tahu so aku wat la cara aku.. namun aku tetap bagitau bos juga biar dia rasa senang dengan apa yg aku lakukan.. almaklumlah takot jugak… sebaik selesai aku pun balik la.. seterusnya aku lepak dan bermuhasabah diri aku… selalu aku perhatikan di bandar aku ni semakin banyak perubahan. perubahan cara hidup sosial juga kelihatn begitu ketara sekali.. aku pun tumpang sekaki la nak emncuci mata apa salahnya..tapi takde la terlalu obvious.. projek! bulan ni agak kurang la projek nk masuk.. adus kering jugak aku.. pasrah jer la.. apa leh buat kan.. hidup dah macam ni.. alhamdulillah tanggungjawab terhadap orang tua tak mungkin aku lupakan.. pernah sekali aku berlegar-legar jalan di sekitar sbuah bangunan tu tetiba ada org tegur aku “ada apa datang ke sini”? saja je teman kawan ada urusan gaji.. lantas mamat ni terus ajak aku duduk sekaki ngan dia membelit keje la aku pikir memula.. macam best jer waktu keje takde keje.. saja nak test aku ke apa dia ni.. aku layankan aje melepak ngan dia.. tetiba dia tanya aku kemana perginya gaji bulanan aku.. aku jwab le elok2,.. apa yg aku wat. apa yg aku potongkan..than dia cakap kat aku kenapa terlalu sedikit aku hantarkan kepada ibu kesayangan aku.. dalam kepala aku dok pikir la kenapa yg dia sibuk sangat.. tapi kata2 dia ada kebenar jugak sebenarnye.. aku melepak lagi layan kepala dia.. than ada satu ayat dia cakap kat aku.. kepada org tua kita sekiranya kita bagi satu isnyAllah Allah akan balas 10 kepada kita.. diam lagi aku.. betul cakap dia aku tak pernah sempit wang bila aku bagi mak aku walaupun last nye duit.. ada dalam poket.. bukan dalam bank la.. bila aku sedar terus aku gi pejabat gaji wat penambahan la.. ye la apa yg aku bagi tu gaji aku 5 tahun lepas skang ni dh pelbagai dah aku terima kalo takde dia (mak aku lah) sapalah aku agaknya..than saja la aku ringan pulak mulut nak tanya sapa la mamat tadi yang sembang beria-ia sangat dengan aku.. selamber je budak tu cakap kat aku… oh yang tadi tu ustaz kat bangunan ni.. adus!! letih aku.. jenuh pikir.. ingat nak cari balik la nak mintak maaf cakap main lepas jer ngan dia tadi.. bukan sebab dia ustaz tapi sesama manusia la.. so aku lepak aje..terfikir balik kenapa la aku jumpe dia.. ada hikmah disebaliknya tu.. mungkin ada…dan pasti ada… apa lagi yang aku boleh lakukan untuk membalas jasa mereka yang membesarkan aku.. kalo aku bagi sekapal emas sekalipun belum cukup aku rasa.. biarlah sedikit namun sekiranya ia ikhlas dan disulami kasih sayang dan keihklasan dari hati aku percaya ia lebih bermakna.. aku tulis ni nak kongsi la ngan kengkawan aku yang baru nak memulakan alam pekerjaan.. jarang lupa dunia dengan apa yg kita ada… berkongsilah kerana ia pasti akan lebih bermakna..

damage has been done

korang pernah dengar tak perkataan ni.. “damage has been done” atau dalam makna lain kesalahan telah pun dilakukan.. ha.. ni lah perkara yang benar2 akan menguji segala tahap yang ada kepada manusia.. kesabaran, kebijaksanaan mengawal keadaan dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan struktur organisasi memasing..so aku nak kongsi pengalaman la mengenai apa yang selalu aku lihat.. biasa la berada dalam organisasi yang proper ni kalo leh nak sume benda yang negative tu dalam zero condition…dalam banyak2 org la.. dan aku dah lihat pelbagai jenis cara dah dapat aku lihat dan pastinye aku ada cara aku sendiri.. kalo kita lihat semula memang kita manusia takkan terlepas dari sebarang kesalahan.. setiap ahri ada jer salah yang kita lakukan.. tak kira le salah dail ker, salah amik balance selepas makan ker, dan pelbagai kesalahan minor lagi la.. apa pun kesalahan yang dilakukan kita leh katakan damage has been done.. or kesalahan telah dilakukan.. kalo aku la yg wat salah firstly aku akan pikirkan dulu apa yg harus aku lakukan.. than aku otak berjalan le.. biasala kalo nak menipu pun tipu la untuk selamatkan diri.. kalo kantoi tanggung sendiri.. tapi tak disarankan menipu kerana satu hari nanti akan tahu juga kebenaranya..so bila aku melihat org melakukan kesilapan.. aku akan tanya directly la pada dia kenapa leh jadi macam ni.. ekkadang kita kena pikir dulu sebelum salahkan org.. memang kita just nak pikir jaga reputasi kita, tapi kemana pergi reputasi sekiranya rasa hormat staf kepada kita tiada.. kekadang kita tidak bekerja dengan benda yang bernyawa.. deal ngan jentera sume ni ada risikonye dan kekadang ianya memerlukan kewarasan otak kita berfikir sekirannya terjadi sesuatu perkara.. alamak letih la.. nanti la aku sambung