Powered By Blogger

Monday, February 8, 2010

hampeh

pagi ni cerah macam biasa jer.. aku lak bangun agak awal walaupun matahari dah mula menendang nendang tingkap bilik aku.. memang agak kekok aku kat sini.. awal sangat cerahnye.. dahtu malam panjang.. nasib la.. aku bukan jenis berhibur sangat just sometimes gi la karoke.. asah bakat.. tu pun kalo ada member.. kalo takde sesorang la aku melayan winning eleven dalam bilik tu.. si meon lak takde balik kampung minggu ni sampai minggu depan sakan cuti member aku ni.. so setiap maolam sebelum tidur mula la aku ebrmain dengan perasaan, bertanyakan akan keyakinan diri, kemampuan sebenar aku yang bakal teruji kelak.. mampukan aku bangun awal untuk gi keje.. ketar tu sampai aku iron semua pakaian kerja aku untuk seminggu.. punyela tanak lambat.. komited lak aku ni rupanya.. hehehe.. aku ni pattern yang payah sangat nak buat keputusan kalo nak beli baju sehelai pun aku mesti nak call mak aku jugak mintak pendapat.. ish pelik gak le.. bukan apa aku tanak benda yang aku beli jadi bebanan pada mata dorang, tak cantik ke apa ke kan aku dah dikira menyusahkan dia.. erti kata lian kot-kot la mama nak bersimpati ngan nasib anak dia yang kekurangan baju leh gak dia send aku sehelai dua baju hehehe tapi tak berjaya.. plan ni memang nak gi beli baju lastly aku balik bawak pewangi toilet jer.. tak leh harap sungguh la.. semua jenis pewangi toilet dah aku beli siap lilin penipu aromatherapy la leh wangi sekamp[ung la terjebak jugak aku dengar.. beli la.. 39.90 lak tu.. bukan berkira leh wat paking keta sebulan tu.. hahahatapi bila dah beli bukan aku pakai sangat pun.. dah balik baru aku sedar baju aku tak beli.. bila tgok balik locker aku.. dah banyak dah baju.. pelbagai jenis tatau bila nak pakai.. manusia ni kan bukan pernah puas dengan apa yang ada.. macam tu la aku.. tapi bila duk sini lain la aku rasa. mudah jer aku nak membazir untuk beli apa2 jer yang aku nak.. tahun dah masuk 7 tahun dah aku bekerja.. wah dah lama rupanya.. alhamdulillah la semua bagi aku dah ok..

Tuesday, January 26, 2010

apakah itu bermain dengan perasaan


selalu kita dengan tentang ayat ni.. bermain dengan perasaan, jangan mainkan perasaan. perasan dan pelbagai lagi yang berkaitan. dan hari ni aku dah rasa lagi apa tu bermain dengan perasaan. perasaan ini pastinya bukanlah perasaan yang aku ingini.. tak best mana pun.. jadi kecut jer ada lah.. sebenarnye hari ni adalah hari uji kecerganasan bagi semua pekerja. bagus jugak dalam sethun just dua kali jer. even benda di dijalankan secara proper tapi sedkit sebanyak dapat juga mengeratkan tali silaturrahim diantara pekerja. macam-macam kerenah la ada tadi. tercuit gak hati aku bila tengok benda-benda macam ni.. yela kalo tak just jumpe di ofis jer,... duk dalam air cond sampai nak demam setiap hari.. setelah habis ujian darat, sampai la time ujian di kolam renang pulak. ujian darat macam biasa la aku leh jer mendahului segala disiplin yang perlu dilakukan. berlari dengan catatan masa peribadi terpantas bagi peringkat umur aku ni buat aku boleh berpuas hati dengan hasil latihan gymnasium yang aku selalu lakukan dengan meon. setelah semua disiplin darat habis kini tibalah masa yang amat dinantikan. iaitu terjun dari ketinggian kira-kira 15 meter dari paras air. dengar macam rendah jer 15 m jer.. meh la try tengok.. rase tersedut habis seluruh anggota yang berada di bahagian bawah pusat tu ke dalam perut hahaha.. ni la yang aku maksudkan bermain dengan perasaan. perasaan yang tak dapat digambarkan.. takut bercampur cuak bercampur macam lagi perasaan la.. bukan tak biasa tapi bila banyak sangat mata menengok buat bertambah cuak.. ditambah tetiba da plak orang datang tepuk bahu tanya ok tak ni?" bertambah la cuak .. patah balik aku.. tapi aku terjun jugak akhirnya.. jatuh jer dalam air semua perasaan tu hilang dan seronok plak.. letih la badan hari ni.. petang ni ada plak latihan. so jangan lah kita main kan perasaan orang lain kerana apabila kita berdepan dengan situasi begini baru kita tau apa makna sebenar bermain dengan perasaan. hehe.. renungkan lah..

Monday, January 25, 2010

sweet moment to be remembered

Mengimbas pengalaman manis.

Kenangan semasa aku menjadi penulis untuk jurnal pelayaran KLD TUNAS SAMUDERA.

Alhamdulillah sehingga kini kapal masih lagi gah membelah lautan tanpa sebarang masalah. Kapal meneruskan pelayaran menuju ke destinasi seterusnya dengan belayar menggunakan kuasa jentera dan layar atau motorsailing. Kelajuan kapal pada ketika ini mencecah sehingga 8 ke 9 knot. Keadaan arus yang menolak kapal dari arah belakang telah memberikan kami sedikit kelebihan dalam pelyaran ini. Baki jarak yang perlu kami tempuhi ialah 600 batu nautika. Terlalu jarang bagi kami untuk melihat kontak-kontak ataupun kapal-kapal lain ketika berada di lautan Atlantik Barat ini.

Rutin kami dimulakan dengan aktiviti senaman awal pagi di geladak tengah. Aktiviti selama setengah jam inilah yang banyak membantu kami untuk mendapatkan kecergasan sebelum tugas-tugas harian dimulakan. Selepas aktiviti senaman awal pagi, semua warga kapal berkumpul di geladak belakang untuk mendengar taklimat daripada Pegawai Laksana. Seperti semalam penekanan terhadap kerja-kerja menyelenggara wooden capping diberi keutamaan. Kesemua warga kapal yang tidak bertugas akan melakukan kerja-kerja senggaraan terhadap wooden capping ini. Suhu tertinggi dicatatkan pada tengahari ini ialah 36 darjah selsius. Seperti biasa kerja-kerja di geladak atas akan berehat sementara pada jam 1030P dan bersambung semula pada jam 1100P sehinggalah waktu makan tengahari.

Hari ini tiga orang lagi pegawai muda dianugerahkan sijil panduarah falak samudera atau Ocean Navigation Certificate (ONC) oleh Pegawai Memerintah. Sedikit upacara ringkas diadakan di geladak belakang pada jam 1400P bagi meraikan penerima-penerima sijil ini. Mereka adalah Lt Dya Halimy, Lt Dya Ameruddin dan Lt Dya Faizal. Tahniah diucapkan kepada penerima dan majlis ini disudahi dengan bacaan doa oleh Lt Dya Ameruddin. Sejurus selesai majlis, warga kapal kembali melakukan senggaraan terhadap wooden capping. Pada hari ini pihak kapal telah menganjurkan kursus imam dan bilal kepada warga kapal dan dalam masa yang sama ceramah mengenai first aid turut diadakan di balai kencana. Pada petang ini, warga kapal berkesempatan untuk melihat kelibat ikan lumba-lumba yang sedang melompat-lompat di tepian kapal. Terdapat beberapa ekor ikan lincah ini berenang-renang dan sesekali melompat menunjukkan kebolehan masing-masing. Ternyata Atlantik ini menyimpan pelbagai jenis khazanah hidupan laut yang tidak mungkin kita terokai. Kerja-kerja senggaraan tamat pada jam 1700P dan akan bersambung semula pada keesokkan harinya. Terbenamnya matahari pada hari ini ialah pada jam 1810P menandakan masuknya waktu solat fardu Maghrib bagi KLD TUNAS SAMUDERA.

Satu lagi keindahan ciptaan tuhan yang harus dikagumi apabila terlihat terbenamnya mentari di ufuk barat. Warga kapal mula berpusu-pusu mengunjungi kafeteria untuk menikmati hidangan makan malam. Kemudiannya, warga kapal akan terus ke geladak atas untuk menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Lebih kurang jam 2005P, warga kapal telah dipanggil ke geladak atas untuk acara mengembangkan layar. Pada malam ini kapal telah mengembangkan layar-layar empat segi serta main sail dan jib. Tiupan angin sememangnya bersesuian dengan layar yang dipasang. Namun kapal masih lagi mengekalkan pelayaran menggunakan kuasa angin dan jentera utama dalam meneruskan pelayaran ini. Setelah selesai mengembangkan layar, warga kapal berpeluang untuk menggunakan kemudahan internet yang terdapat di kapal. Seterusnya warga kapal yang kepenatan setelah seharian bekerja memilih untuk berehat.

Pada malam ini, giliran penulis untuk memperkenalkan diri kepada pembaca sekalian. Nama penulis ialah Lt Dya Mohamad Amar bin Ahmad TLDM, dilahirkan pada tanggal 6 Julai 1985 merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Alma. Seterusnya menyambung pendidikan menengah di Penang Free School pada tahun 1998 sebelum bertukar ke Maktab Tentera DiRaja (RMC) pada tahun 1999. Pendedahan awal terhadap dunia ketenteraan ketika di RMC telah mendorong penulis untuk memilih TLDM sebagai profesion pilihan. Berminat untuk menyertai kursus panjang navigasi dan juga menjadi seorang krew kapal selam di masa akan datang. Menyertai Pegawai kadet laut pada 25 Mei 2003 dan ditauliahkan pada 21 Mei 2005 sebagai Lt Muda TLDM. Mendapat Diploma dalam Pengurusan Teknologi dan Pengangkutan Maritim dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor pada tahun 2006. Dalam bidang sukan pula, penulis aktif dalam sukan air seperti perahu layar. Mewakili TLDM pada kejohanan Reggata Raja Muda Selangor untuk dua tahun berturu-turut dan menjadi johan pada tahun 2005. Selain itu penulis juga aktif dalam sukan hoki. Mengenai hobi di masa lapang, penulis gemar menghabiskan masa lapang dengan bersiar-siar sambil dapat menenangkan fikiran. Selain itu penulis juga gemar menonton televisyen. Televisyen pada masa kini bertindak lebih dari sekadar media hiburan. Malah terdapat pelbagai jenis saluran yang memberikan informasi serta pengetahuan kepada penonton-penontonnya. Mengenai pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah kenangan ketika menjalani latihan Pegawai kadet. Ianya suatu pengalaman indah untuk diingati tetapi bukan untuk dilalui semula. Bila terkenangkan zaman tersebut ia pastinya indah dan sentiasa terpahat diingatan setiap orang yang mengikutinya. Di sinilah penulis mengenal erti dewasa bila mana kepahitan serta kemanisan bergabung dalam suatu masa dan menciptakan suatu kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Harapan penulis kepada pelayaran ini ialah semoga pelayaran ini menjadi kebanggaan buat TLDM khasnya dan juga Malaysia amnya. Pengalaman serta kepayahan yang kami tempuhi inilah yang bakal menjadikan kami pegawai yang lebih matang dalam segala aspek untuk terus bersama memartabatkan TLDM di mata dunia.

Hari semakin larut dan warga kapal yang lain sudah pun tidur akibat kepenatan mengharungi rutin harian yang padat. Limpahan cahaya bulan menerangi lautan yang kesunyian ini. Sejenak terkenangkan insan tersayang yang sudah dua purnama ditinggalkan. Mungkin sukar untuk kami mengirimkan berita namun itu tidak bermakna kami di sini lupa akan mereka. Semoga orang yang kita sayangi berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.

Monday, August 24, 2009

manado

Sepanjang sail bunaken 09 ni aku banyak menulis mengenai pelayaran aku je. Sepanjang hari aku hanya melihat lautan biru pelbagai wajah yang merentangi laluan aku. Keadaan laut di sekitar laut sulu ni agak baik. Dan cuaca sentiasa menyebelahi kami. Syukur ke hadrat illahi kerana diberikan kami cuaca yang sebegini.pelbagai perkara yang dirancang dapat dilakukan dengan elok dan mencapai objektif yang digariskan. Dari pelbagai sudut kesihatan, latihan, kerohanian dan sebagainya. Tak lama lagi kapal akan tiba di bitung, Sulawesi utara Indonesia. Bitung adalah salah sebuah pelabuhan terkenal di Sulawesi utara ni malah ia merupakan pelabuhan komersil terbesar di kepualauan Sulawesi utara pada masa kini. Menado pula merupakan pusat pentadbiran kepada wilayah ini. Manado terdiri daripada 9 buah daerah dan Bandarnya sahaja didiami oleh 417500 orang penduduk. Kalo di lihat pada sizenya takdelapadat sangat sangat kerana kawasan ini terlalu la besar dan banyak lagi kawasan yang terbiar. Struktur muka buminya pula terdiri daripada kawasan gunung ganang dan hutan hijau yang masih belum diterokai. Malah di sini juga ada lagi masyarakat yang menjalani kehidupan seperti di zaman purba. Amalan tradisi seperti pengkebumian mayat di lereng bukit masih lagi dilakukan di kepulauan ini. Malah perkara ini bukanlah satu perkara yang asing bagi penduduk tempatan. Walaupun dari segi kemajuan teknologi, dearah ini bukanlah sebuah daerah yang mundur, ianya bergerak seiring dengan daerah-daerah lain yang terdapat di Indonesia ini. Tanah yang dijumpai pada tahun 1658 ini sememangnya menyimpan banyak sejarah serta budaya yang perlu aku terokai. Memang dah boleh dikatakan hamper kesemua daerah di Indonesia dah aku lawati namun bagi aku manado pasti ada kelainanya. Semakin hari aku dapt lihat hubungan aku dengan warga kapal semakin baik dan mereka semakin patuh mengikut arahan selagi arahan yang diberikan tidak bertentangan dengan bidang kuasa la.. aku juga faham dalam menghadapi pelayaran yang panjang macam ni pastinya mental fizikal warga kapal harus aku ambil kira. Pengalaman ketika mengelilingi dunia benar-benar mengajar aku dalam mengendalikan perkara sebegini. Kekadang tu sunyi jugak aku rasa. Bila semua orang mula duduk bersama dan bercerita pasal keluarga masing-masing. Kerenah anak kesayangan masing-masing, aku jugak yang diam. Sebaliknya aku hepi dengan anak-anak dorang tu. Macam pakcik la pada dorang. Padahal dorang tatau pun yang hati aku ni kosong sebenarnya. Bukan tak nak.. aku nak tapi ntah la dah takdir macam ni kot. Aku terima semua ini dengan hati terbuka dan redha. Aku bukanlah memilih just aku nak yang terbaik untuk aku. Aku nak yang strong, untuk memahami kerjaya aku. Memang kalo masa bersama pasti takde masalah kerana aku leh wat sume benda.. tapi kalo berjauhan macam ni memang susah la.. apa yang perlu ada hanyalah kepercayaan terhadap diri memasing.

persahabatan

Sekarang aku dah tiba di persinggahan ketiga sail bunaken 09. Persinggahan di Sandakan setelah merentasi selat malawali untuk tiba di sini.. Alhamdulillah pelayaran padakali ini berjalan dengan baik.. keadaan laut yang pada awalnya menunjukkan wajah yang bengis namun di akhir pelayaran kami menikmati keadaan cuaca serta angin yang baik.. latihan pengendalian layar dapat dilakukan dengan berkesan dan mencapai sasaran.. kini tibalah kami ke destinasi yang dituju.. Sandakan sebuah Bandar yang terletak di negeri sabah. Bandar yang masih jauh dari arus pembangunan dan pastinya bandar ini menyimpan pelbagai perkara yang perlu aku terokai. Sesampai di Sandakan ni aku bertemu dengan seorang sahabat lama aku. Memang kalo nak dikira kami ni memang baik. Baik sangat la satu masa dulu. Tapi nak wat macamana dah jauh so terpaksalah akur dengan situasi. Tapi apa yang jelas dapat dilihat.. tali persahabatan yang pernah wujud satu masa dulu tak mungkin akan terus hilang dan lenyap begitu sahaja. Setiba je kapal aku di posisi bersauh dia datang dengan bawak makanan dan air.. kalo diikotkan bukan besar mana pun benda tu.. tapi kesanggupan dia nak jumpa kami ni wat aku terharu.. padahal esok dah tentu kapal aku masuk ke jeti.. tapi nilah yg aku katakana erti persahabatan yang terjalin takmungkin akan terputus dengan mudah.. jadi hargailah persahabtan yang kita miliki dulu,kini dan seterusnya kerana pastinya ia merupakan kenangan terindah dalam hidup kita. Bibit2 kenangan yang kita tempa tak mungkin bermakna sekiranya tanpa rakan disisi kita.. kenangan bersama rakan merupakan kenangan manis yang mudah untukkita ingati.. pengalaman pahit yang kita alami seorang diri hanyalah perkara yang terpalit dalamlipatan sejarah hidup kita namun kenangan pahit bersama rakan adalah sejarah seumur hidup kita bersamanya.. hargailah persahabatan dan pengalaman.. takmungkin sama sekali ianya mampu dibeli dengan wang ringgit.. kita mungkin ada wang yang banyak namun sempurnakah hidup kita tanpa ikatan persahabtan yang sejati..sail bunaken lama lagi ni.. lambat lagi le aku nak balik ni.. ish rindu la kat family aku.dah banyak perkara yang aku alami dalam kehidupan aku sebagai seorang pelaut. Betul la kata orang putih laut yang tenang takkan dapat melahirkan pelayar yang mahir. Calm sea will never produce a skillful sailor.. sebenarnya banyak perkara yang buruk dan yang baik dalam kehidupan aku sebagai seorang pelaut. Ntah apa yang menarik pun aku tak tau. Kenapa la adik aku nak sangat sangat jadi macam aku ni. Peritnye dia tak Nampak lagi dan apa yang dia Nampak sume yang seronok je pada aku. Ye la aku balik rumah takkan la aku nak tunjuk yang susah pada mak ayah aku n kawan2 aku. Apa pun pilihan hati dia aku harap dia dapat buat dengan baik. Apa jua bidang yang kita ceburi sebenarnya memerlukan komitmen yang tinggi. Pengorbanan atau lebih tepat price that we have to pay la.. bukan mudah nak jadi seorang yang berjaya dalam kehidupan kita. Sekarang ni kapal dah berada di sulu sea. Keadaan laut agak tenang sepanjang pelayaran kali ni.

Monday, July 27, 2009

journey continued


Assalamualaikum..

Dah lama aku tak menulis, sepanjang 10 hari di lautan luas, hari ni baru aku berpeluang untuk menulis. Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi sepanjang pelayaran kali ni. Keadaan laut yang banyak menguji kesabaran serta kecekalan warga kapal dalam mematangkan kami sebagai seorang pelaut yang professional. Sepanjang pelayaran bayak benda yang aku pelajari di tengah lautan ni. Pertamanya soal agama. Ustaz banyak mengajar kami perkara-perkara ni. Sedikit sebanyak moral warga kapal kekal berada di tahap yang terbaik. Banyak perkara yang aku ingat.. pertamanya kedua ibu bapa aku di rumah.. bagaimana keadaan mereka. Jauh di sudut hati aku sentiasa doakan akan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Chekah.. sorang lagi antara manusia yang sering bermain di fikiran aku.. mana taknya aku dah meman betul2 suka kat dia. Tapi dia tu.. macam main tarik tali jer ngan aku.. dia ada yang lain.. tapi aku tetap yang terbaik, so bagi aku kalau ada jodoh tu memang ada. Even aku rasa respon yang dia bagi tu membuatkan aku semakin yakin. Tapi tu la aku takleh la nak kata dia aku punya. Malas nak cakap pasal ni coz aku memang tak suka akan persaingan. So wat masa ni memang aku concerntrate kat dia je dulu.. until I get further notice.. hehe samada aku angkat kaki ataupun dia aku punya. Malas dah nak paksa-paksa.. dia pun kalo dia yakin ngan aku surely dia akan terima aku seadanya. Ni tak jugak dia stil ada bf dia jugak.. adakah aku wat benda yang bodoh, ataupun dia memang bukan untuk aku. Hati aku kuat katakan yang dia memang untuk aku. Tapi dia masih lagi belum jelas dengan keadaan ni. Bagi aku apa yang aku nak adalah kepastian nak suruh aku tunggu berapa lama pun buleh, tapi tu la.. kalo aku dah bagi comitmen sorang2 than dia pulak selamba je nak tinggalkan aku mau tak aku terkangkang kera lepas tu.. sedih kan kisah aku ni.. tapi nak wat macamana.. sekkurang-kurangnya aku puas hati dengan apa yang aku buat ni, aku turutkan kata hati aku. Bukan sapa-sapa yang pengaruhi keputusan aku. So aku kenala terima just setiap decision yang aku wat ni ada risikonya,. Cuma adakah risiko yang aku amik ni terkawal. Ataupun di luar kawalan. So aku pasrah la.. dengan keadaan aku di tengah lautan ni moral dan mentality aku ni harus aku jaga demi memastikan mood pelayaran aku ni terjaga. Komitmen terhadap kerja tu penting bagi aku buat masa ni. Semalam keadaan laut yang tenang tiba-tiba berubah dan keadaan menjadi huru hara. Hampir tiga jam warga kapal bergelut dalam keadaan taufan yang dahsyat. Taufan tropika yang melanda Vietnam dan beredar hingga ke pesisir pantai sabah sehingga ke kudat ni membuatkan kami warga kapal benar-benar merasakan cabaran lautan. Laungan azan dialuangkan sebanyak 3 kali dua di belakang dan sekali di hadapan kapal. Namun tiupan angin masih lagi mengganas dan dan pukulan ombak setinggi 4 meter membuatkan kapal tenggelam dan timbul dek pukulanya. Keadaan dahsyat ini membuktikan betapa kerjasama berpasukan amat penting dalam organisasi sebegini. Keadaan kembali tenang setelah kapal bersauh di posisi kedua dimana, kedudukan kapal sedikit terlindung.barulah keadaan menjadi sedikit reda. Bumi sabah. Ini bukan kali pertama aku ke sini. Dan pastinya Bandar ini banyak meninggalkan kenangan manis dalam hidup aku. Esok aku akan masuk ke pelabuhan PTKK..

laporan

LAWATAN OPERASI KLD TUNAS SAMUDERA KE BRUNEI DARUSSALAM

Pada 24 julai 2009, KLD TUNAS SAMUDERA sekali lagi melakar sejarahnya tersendiri dengan melakukan lawatan operasi ke Negara Brunei Darussalam. Brunei Darussalam merupakan sebuah negara yang terletak di kepulauan Borneo. Malah negara ini merupakan jiran yang terhampir dengan negara kita. Tidak hairanlah bahawa kita sememangnya memiliki hubungan yang baik diantara kedua-dua negara ini. Negara yang memiliki kepadatan penduduk pada kira-kira 589 000 orang penduduk ini merupakan salah sebuah negara Islam yang terdapat di rantau ini. Bahasa melayu merupakan bahasa rasmi bagi negara ini. Negara ini dilihat unik kerana masih mengekalkan sistem pemerintahan beraja. Lawatan muhibbah ini bukan sahaja mengeratkan hubungan baik yang sedia terjalin diantara dua negara ini amnya, malah ianya juga turut mengeratkan hubungan antara warga Tentera Laut Diraja Malaysia dan juga warga Tentera Laut Diraja Brunei. KLD TUNAS SAMUDERA yang terlibat dalam misi Pelayaran SAIL BUNAKEN 09 di Bitung, Sulawesi Utara pada 12 hingga 20 Ogos 2009 memilih untuk bersinggah di Brunei dalam melaksankan misi pelayaran ini. Tepat jam 0900H, KLD TUNAS SAMUDERA selamat berlabuh di jeti TLDB yang baru siap dibina. Ketibaan KLD TUNAS SAMUDERA disambut dengan meriah oleh warga TLDB beserta dengan iringan muzik kumpulan pancarangam TLDB.

Ketibaan KLD TUNAS SAMUDERA ini sememangnya amat dinanti-nantikan oleh warga TLDB dan juga masyarakat negara ini yang ingin melihat sendiri Tall ship yang menjadi kebanggan TLDM. Pelbagai acara telah dirancangkan buat warga kapal sepanjang berada di negara ini. Acara dimulakan dengan kunjungan hormat Pegawai Memerintah KLD TUNAS SAMUDERA iaitu Lt Kdr Mohd Zaidi bin Ibrahim TLDM ke atas Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Dan Pemerintah Tentera Laut Di Raja Brunei. Dalam masa yang sama juga, berlangsungnya perlawanan futsal dan bola tampar diantara warga kapal dan warga TLDB di pangkalan mereka. Walaupun keputusan kedua-dua perlawanan berpihak kepada mereka namun semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh warga kapal jelas mencerminkan imej baik yang sentiasa dipegang oleh warga TLDM. Perlawanan ini juga merupakan salah satu platform dalam mengeratkan hubungan diantara warga kapal dan juga warga TLDB. Pelayaran mengelilingi dunia KLD TUNAS SAMUDERA merupakan pelayaran yang amat mengkagumkan malah warga TLDB juga turut mengikuti perkembangan kapal melalui laman web rasmi Tunas Samudera. Mereka juga turut menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian kapal ini.

Sebaik segala acara selesai, warga kapal kembali ke kapal dan mempersiapkan kapal untuk acara resepsi yang dianjurkan oleh pihak kapal sebagai tanda penghormatan kepada pihak TLDB. Perkara ini sememangnya sinonim dengan mana-mana kapal TLDM yang melawat negara asing. Pelbagai persiapan dilakukan demi memastikan acara yang dianjurkan berjalan dengan lancar. Apa yang lebih membanggakan ialah acara pada malam ini turut di hadiri oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei iaitu Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Dato Haji Awang Halbi bin Haji Yussoff. Selain itu kehadiran TYT Dato’ Ku Jaafar bin Ku Shaari iaitu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei turut memeriahkan majlis kami. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Pemerintah Tentera Darat Brunei dan juga pegawai-pegawai kanan kerajaan Brunei. Majlis pada malam itu berjalan dengan lancar dan turut diserikan dengan persembahan nyanyian berkumpulan warga kapal yang berjaya menarik perhatian tetamu yang hadir. Majlis yang meriah serta hidangan yang istimewa merupakan imej KLD TUNAS SAMUDERA dalam memastikan jemputan pulang dengan perasaan yang puas selain meninggalkan pelbagai kenangan manis yang pastinya terpahat di ingatan mereka.

Keesokan harinya, KLD TUNAS SAMUDERA sekali lagi menggalas tugasan penting iaitu membawa Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei serta pegawai-pegawai TLDB untuk mengikuti pelayaran bersama KLD TUNAS SAMUDERA. TYT Dato’ Ku Jaafar juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama warga KLD TUNAS SAMUDERA pada hari ini. Pelayaran selama empat jam di sekitar perairan Brunei ini pastinya singkat buat mereka, namun pelbagai aktiviti telah dirancangkan buat mereka sepanjang empat jam. Sebaik sahaja kapal selesai melalui laluan pemalim, kesemua layar Fore and Aft dikembangkan sebagai demonstrasi. Warga TLDB juga diberi peluang untuk memanjat tiang layar hadapan dan juga diberi peluang untuk mengendalikan layar di bawah pengawasan warga kapal. Aktiviti ikatan tali dan juga pertandingan tarik tali juga dilaksanakan bagi memastikan empat jam yang berlalu begitu bermakna. Jelas warga kapal dan warga TLDB sememangnya mempunyai persefahaman yang baik dalam melaksanakan tugasan di kapal. Pada jam 1230H, kapal selamat bertambat di pelabuhan awam Muara, Brunei Darussalam.

Selesailah sudah tugasan KLD TUNAS SAMUDERA di Brunei Darussalam. Kini tibalah masanya untuk warga kapal bersiar-siar disekitar Bandar Seri Begawan yakni ibu negara Brunei Darussalam. Warga kapal tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan senibina masjid-masjid yang amat mengkagumkan di sekitar Bandar ini dari dekat. Masjid Umar Ali Saifuddin melambangkan keunikan senibina islam yang juga menjadi kebanggaan rakyat Brunei Darussalam. Pada ketika ini sekitar jalan-jalan raya di brunei dipenuhi dengan pelbagai hiasan. Di sana-sini kelihatan ucapan sembah tahniah rakyat keatas ulangtahun kelahiran raja pemerintah negara ini. Selain itu, warga kapal juga turut berpeluang melawat ke Bangunan Regalia dimana tersimpannya pelbagai alat kebesaran diraja. Peluang ini digunakan sebaiknya oleh warga kapal untuk melihat sendiri dengan lebih jelas gaya hidup masyarakat negara ini. Walaupun tidak banyak perbezaan yang ketara dengan cara hidup masyarakat negara kita namun masih terdapat perbezaan yang unik wujud dalam masyarakat negara ini. Masyarakat Negara ini amat prihatin terhadap perayaan yang disambut.

Peluang berkelepasan digunakan sebaiknya oleh warga kapal. Inilah masanya untuk melihat sendiri serta merasai keunikan masakan tempatan. Walaupun terdapat jurang dalam kadar tukaran wang di negara ini, namun ianya bukanlah masalah bagi warga kapal untuk merasai keenakan ambuyat iaitu masakan istimewa yang hanya boleh didapati di Brunei sahaja. Membeli cendera kenangan merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh warga kapal sebagai bukti tempat yang telah dilawati. Keramahan masyarakat, keamanan negara ini pastinya menjadi kenangan yang indah untuk dikenang oleh warga kapal. Pastinya lawatan KLD TUNAS SAMUDERA ke Brunei Darussalam juga meninggalkan kenangan yang indah buat warga TLDB dan masyarakat setempat amnya.

Pada hari terakhir sebelum kapal memulakan pelayaran, Pegawai Memerintah beserta dua orang pegawai kapal telah dijemput untuk bersarapan bersama pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei di Wisma Pegawai TLDB. Layanan yang amat istimewa telah diberikan buat kami sepanjang berada di sini merupakan satu pengalaman yang ahrus dikenang ketika berada di negara ini.Kami amat berbangga untuk berada di negara ini lebih lama namun apakan daya, masih banyak perkara yang belum diselesaikan. Kapal belayar meninggalkan pelabuhan Muara tepat jam 0845H dengan meninggalkan seribu satu kenangan manis. Lambaian serta ucapan selamat tinggal bukanlah merupakan berakhirnya sebuah hubungan baik yang telah sekian lama terjalin diantara kedua-dua negara, namun ianya hanyalah sementara dan pasti banyak lagi agenda akan menyusul demi menjaga hubungan baik ini.