sememangnya hari isnin ni merupakan hari permulaaan bekerja dalam setiap minggu.. mana tidaknya selepas hari ahad adalah hari isnin.. hahah hari ni aku bermu dengan penuh bersemangat.. bangun awal.. sempat gi breakfast sume la.. memang aku dapat rasa ada semangat untuk ke opis.. melangkah penuh bergaya bersama EX5 kepunyaan meon membuat aku lebih berkeyakinan dan pantas.... setiba di tempat keje dah berlambak dah benda menanti untuk disettlekan.. dalam masa weekend ni pun aku tak banyak aktiviti untuk dilakukan hanya menonton dvd jer.. almaklumlah ekonomi aku bulan ni memang parah lebih parah dari farah wahida ke,, nurul farah ke apa juga parah lain yang wujud di muka bumi ini... sedang aku memikirkan hala tuju hidup ni.. dengan sejumlahw ang yang kecil ni mampukah aku survive sehingga ke hujung bulan.. tu la pasal aku ni perokok tegar.. nak tinggal susah.. tak makan takpe yg penting asap kuar..tabiat buruk ni la yang aku susah nak tinggal.. harapan bulan ni dah takde dah benda yang nak dikutip.,.. i mean rm la..tgok2 kena pulak bayar yuran wisma haduihai... rasa macam nak pitak jer.. jumlah 3 angka la jugak.. bukan takde duit nak bayar.. ada tu ada tapi kena puasa la pasni.. arrgghhh!!! malas aku nak amik pot.. so aku gi amik duit.. bayar habis settle semua.. dalam masa yangs ama aku dah call dah joker kad aku untuk pinjam dulu.. macam biasa bukak buku kecik la.. aku kalo wang ni susah gak nak pinjam member kalo aku pinjam pun just nak test card jer.. hehehe banyak main.. then berani plak aku call bapak aku yang sedang enak menikmati makan tegahari. di kala tengahari yang indah dia dikejutkan dengan panggilan yang meminta sesuatu.. yang best nye aku lak jadi segan nak cakap.. tatau la dia dah dapat agak ke tak apa yang aku nak.. coz benda ni memang terlalu jarang berlaku....hehehe... kalo aku mintak dapat la.. memang dapat tapi percuma syarahan dan kursus pengurusan kewangan la dulu.. duit dapat kemudia.. yang penting telinga kena cuci dulu jap.. memandangkan dia kat kedai makan so aku selamatla.. dari syarah namun dapat lah jugak ceramah pendek.. tapi ikhlas dari seorang bapa.. lantas aku membatalkan hasrat aku untuk terus meminta... huish banyak main sungguh aku ni.. sampai jer opis terus aku bagi kat saras suh gi bayar kat fatah.. cash.. bayar habis dengan sombongnye.. dalah hati sapa tau.. aku nak makan apa dah pasni...than aku call tune aku.. org luar yang paling aku sayang wat masa ni dan selamanya.. dia tgah kurus..dan kursus.. henfon dia kena bar pulak.. ni pun cite sedih gak ni dalam lipatan sejarah hdiup dia.. hahaha... takpe la dia leh manage .. tak macam aku harapkan dia nak managekan..than dia cakap dia dah bayar dah untuk aku minggu lepas... seribu kesyukuran aku panjatkan ke hadrat illahi.. lantas aku segera mengambil semula wang aku.. selamat la aku dari menahan lapar dan dahaga.. ceh ayat macam la teruk sangat.. duit tu ada jer jusy berada di paras yang kurang selesa... bulan ni memang mencabar kewibawaan aku la.. apa pun syukurlah,.. kerana Allah masih melimpahkan rahmat dan rezekinya kepada hambaNya ini...
just nak berkogsi pengalaman hidup dan pengalaman harian yang dilalui untuk simpanan jer,, kalo boring leh le nak baca
Monday, April 12, 2010
PELIK...
sememangnya hari isnin ni merupakan hari permulaaan bekerja dalam setiap minggu.. mana tidaknya selepas hari ahad adalah hari isnin.. hahah hari ni aku bermu dengan penuh bersemangat.. bangun awal.. sempat gi breakfast sume la.. memang aku dapat rasa ada semangat untuk ke opis.. melangkah penuh bergaya bersama EX5 kepunyaan meon membuat aku lebih berkeyakinan dan pantas.... setiba di tempat keje dah berlambak dah benda menanti untuk disettlekan.. dalam masa weekend ni pun aku tak banyak aktiviti untuk dilakukan hanya menonton dvd jer.. almaklumlah ekonomi aku bulan ni memang parah lebih parah dari farah wahida ke,, nurul farah ke apa juga parah lain yang wujud di muka bumi ini... sedang aku memikirkan hala tuju hidup ni.. dengan sejumlahw ang yang kecil ni mampukah aku survive sehingga ke hujung bulan.. tu la pasal aku ni perokok tegar.. nak tinggal susah.. tak makan takpe yg penting asap kuar..tabiat buruk ni la yang aku susah nak tinggal.. harapan bulan ni dah takde dah benda yang nak dikutip.,.. i mean rm la..tgok2 kena pulak bayar yuran wisma haduihai... rasa macam nak pitak jer.. jumlah 3 angka la jugak.. bukan takde duit nak bayar.. ada tu ada tapi kena puasa la pasni.. arrgghhh!!! malas aku nak amik pot.. so aku gi amik duit.. bayar habis settle semua.. dalam masa yangs ama aku dah call dah joker kad aku untuk pinjam dulu.. macam biasa bukak buku kecik la.. aku kalo wang ni susah gak nak pinjam member kalo aku pinjam pun just nak test card jer.. hehehe banyak main.. then berani plak aku call bapak aku yang sedang enak menikmati makan tegahari. di kala tengahari yang indah dia dikejutkan dengan panggilan yang meminta sesuatu.. yang best nye aku lak jadi segan nak cakap.. tatau la dia dah dapat agak ke tak apa yang aku nak.. coz benda ni memang terlalu jarang berlaku....hehehe... kalo aku mintak dapat la.. memang dapat tapi percuma syarahan dan kursus pengurusan kewangan la dulu.. duit dapat kemudia.. yang penting telinga kena cuci dulu jap.. memandangkan dia kat kedai makan so aku selamatla.. dari syarah namun dapat lah jugak ceramah pendek.. tapi ikhlas dari seorang bapa.. lantas aku membatalkan hasrat aku untuk terus meminta... huish banyak main sungguh aku ni.. sampai jer opis terus aku bagi kat saras suh gi bayar kat fatah.. cash.. bayar habis dengan sombongnye.. dalah hati sapa tau.. aku nak makan apa dah pasni...than aku call tune aku.. org luar yang paling aku sayang wat masa ni dan selamanya.. dia tgah kurus..dan kursus.. henfon dia kena bar pulak.. ni pun cite sedih gak ni dalam lipatan sejarah hdiup dia.. hahaha... takpe la dia leh manage .. tak macam aku harapkan dia nak managekan..than dia cakap dia dah bayar dah untuk aku minggu lepas... seribu kesyukuran aku panjatkan ke hadrat illahi.. lantas aku segera mengambil semula wang aku.. selamat la aku dari menahan lapar dan dahaga.. ceh ayat macam la teruk sangat.. duit tu ada jer jusy berada di paras yang kurang selesa... bulan ni memang mencabar kewibawaan aku la.. apa pun syukurlah,.. kerana Allah masih melimpahkan rahmat dan rezekinya kepada hambaNya ini...
Thursday, April 8, 2010
baru balik...dah kena
Monday, February 8, 2010
hampeh
Tuesday, January 26, 2010
apakah itu bermain dengan perasaan

selalu kita dengan tentang ayat ni.. bermain dengan perasaan, jangan mainkan perasaan. perasan dan pelbagai lagi yang berkaitan. dan hari ni aku dah rasa lagi apa tu bermain dengan perasaan. perasaan ini pastinya bukanlah perasaan yang aku ingini.. tak best mana pun.. jadi kecut jer ada lah.. sebenarnye hari ni adalah hari uji kecerganasan bagi semua pekerja. bagus jugak dalam sethun just dua kali jer. even benda di dijalankan secara proper tapi sedkit sebanyak dapat juga mengeratkan tali silaturrahim diantara pekerja. macam-macam kerenah la ada tadi. tercuit gak hati aku bila tengok benda-benda macam ni.. yela kalo tak just jumpe di ofis jer,... duk dalam air cond sampai nak demam setiap hari.. setelah habis ujian darat, sampai la time ujian di kolam renang pulak. ujian darat macam biasa la aku leh jer mendahului segala disiplin yang perlu dilakukan. berlari dengan catatan masa peribadi terpantas bagi peringkat umur aku ni buat aku boleh berpuas hati dengan hasil latihan gymnasium yang aku selalu lakukan dengan meon. setelah semua disiplin darat habis kini tibalah masa yang amat dinantikan. iaitu terjun dari ketinggian kira-kira 15 meter dari paras air. dengar macam rendah jer 15 m jer.. meh la try tengok.. rase tersedut habis seluruh anggota yang berada di bahagian bawah pusat tu ke dalam perut hahaha.. ni la yang aku maksudkan bermain dengan perasaan. perasaan yang tak dapat digambarkan.. takut bercampur cuak bercampur macam lagi perasaan la.. bukan tak biasa tapi bila banyak sangat mata menengok buat bertambah cuak.. ditambah tetiba da plak orang datang tepuk bahu tanya ok tak ni?" bertambah la cuak .. patah balik aku.. tapi aku terjun jugak akhirnya.. jatuh jer dalam air semua perasaan tu hilang dan seronok plak.. letih la badan hari ni.. petang ni ada plak latihan. so jangan lah kita main kan perasaan orang lain kerana apabila kita berdepan dengan situasi begini baru kita tau apa makna sebenar bermain dengan perasaan. hehe.. renungkan lah..
Monday, January 25, 2010
sweet moment to be remembered
Kenangan semasa aku menjadi penulis untuk jurnal pelayaran KLD TUNAS SAMUDERA.
Alhamdulillah sehingga kini kapal masih lagi gah membelah lautan tanpa sebarang masalah. Kapal meneruskan pelayaran menuju ke destinasi seterusnya dengan belayar menggunakan kuasa jentera dan layar atau motorsailing. Kelajuan kapal pada ketika ini mencecah sehingga 8 ke 9 knot. Keadaan arus yang menolak kapal dari arah belakang telah memberikan kami sedikit kelebihan dalam pelyaran ini. Baki jarak yang perlu kami tempuhi ialah 600 batu nautika. Terlalu jarang bagi kami untuk melihat kontak-kontak ataupun kapal-kapal lain ketika berada di lautan Atlantik Barat ini.
Rutin kami dimulakan dengan aktiviti senaman awal pagi di geladak tengah. Aktiviti selama setengah jam inilah yang banyak membantu kami untuk mendapatkan kecergasan sebelum tugas-tugas harian dimulakan. Selepas aktiviti senaman awal pagi, semua warga kapal berkumpul di geladak belakang untuk mendengar taklimat daripada Pegawai Laksana. Seperti semalam penekanan terhadap kerja-kerja menyelenggara wooden capping diberi keutamaan. Kesemua warga kapal yang tidak bertugas akan melakukan kerja-kerja senggaraan terhadap wooden capping ini. Suhu tertinggi dicatatkan pada tengahari ini ialah 36 darjah selsius. Seperti biasa kerja-kerja di geladak atas akan berehat sementara pada jam 1030P dan bersambung semula pada jam 1100P sehinggalah waktu makan tengahari.
Hari ini tiga orang lagi pegawai muda dianugerahkan sijil panduarah falak samudera atau Ocean Navigation Certificate (ONC) oleh Pegawai Memerintah. Sedikit upacara ringkas diadakan di geladak belakang pada jam 1400P bagi meraikan penerima-penerima sijil ini. Mereka adalah Lt Dya Halimy, Lt Dya Ameruddin dan Lt Dya Faizal. Tahniah diucapkan kepada penerima dan majlis ini disudahi dengan bacaan doa oleh Lt Dya Ameruddin. Sejurus selesai majlis, warga kapal kembali melakukan senggaraan terhadap wooden capping. Pada hari ini pihak kapal telah menganjurkan kursus imam dan bilal kepada warga kapal dan dalam masa yang sama ceramah mengenai first aid turut diadakan di balai kencana. Pada petang ini, warga kapal berkesempatan untuk melihat kelibat ikan lumba-lumba yang sedang melompat-lompat di tepian kapal. Terdapat beberapa ekor ikan lincah ini berenang-renang dan sesekali melompat menunjukkan kebolehan masing-masing. Ternyata Atlantik ini menyimpan pelbagai jenis khazanah hidupan laut yang tidak mungkin kita terokai. Kerja-kerja senggaraan tamat pada jam 1700P dan akan bersambung semula pada keesokkan harinya. Terbenamnya matahari pada hari ini ialah pada jam 1810P menandakan masuknya waktu solat fardu Maghrib bagi KLD TUNAS SAMUDERA.
Satu lagi keindahan ciptaan tuhan yang harus dikagumi apabila terlihat terbenamnya mentari di ufuk barat. Warga kapal mula berpusu-pusu mengunjungi kafeteria untuk menikmati hidangan makan malam. Kemudiannya, warga kapal akan terus ke geladak atas untuk menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Lebih kurang jam 2005P, warga kapal telah dipanggil ke geladak atas untuk acara mengembangkan layar. Pada malam ini kapal telah mengembangkan layar-layar empat segi serta main sail dan jib. Tiupan angin sememangnya bersesuian dengan layar yang dipasang. Namun kapal masih lagi mengekalkan pelayaran menggunakan kuasa angin dan jentera utama dalam meneruskan pelayaran ini. Setelah selesai mengembangkan layar, warga kapal berpeluang untuk menggunakan kemudahan internet yang terdapat di kapal. Seterusnya warga kapal yang kepenatan setelah seharian bekerja memilih untuk berehat.
Pada malam ini, giliran penulis untuk memperkenalkan diri kepada pembaca sekalian. Nama penulis ialah Lt Dya Mohamad Amar bin Ahmad TLDM, dilahirkan pada tanggal 6 Julai 1985 merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Alma. Seterusnya menyambung pendidikan menengah di Penang Free School pada tahun 1998 sebelum bertukar ke Maktab Tentera DiRaja (RMC) pada tahun 1999. Pendedahan awal terhadap dunia ketenteraan ketika di RMC telah mendorong penulis untuk memilih TLDM sebagai profesion pilihan. Berminat untuk menyertai kursus panjang navigasi dan juga menjadi seorang krew kapal selam di masa akan datang. Menyertai Pegawai kadet laut pada 25 Mei 2003 dan ditauliahkan pada 21 Mei 2005 sebagai Lt Muda TLDM. Mendapat Diploma dalam Pengurusan Teknologi dan Pengangkutan Maritim dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor pada tahun 2006. Dalam bidang sukan pula, penulis aktif dalam sukan air seperti perahu layar. Mewakili TLDM pada kejohanan Reggata Raja Muda Selangor untuk dua tahun berturu-turut dan menjadi johan pada tahun 2005. Selain itu penulis juga aktif dalam sukan hoki. Mengenai hobi di masa lapang, penulis gemar menghabiskan masa lapang dengan bersiar-siar sambil dapat menenangkan fikiran. Selain itu penulis juga gemar menonton televisyen. Televisyen pada masa kini bertindak lebih dari sekadar media hiburan. Malah terdapat pelbagai jenis saluran yang memberikan informasi serta pengetahuan kepada penonton-penontonnya. Mengenai pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah kenangan ketika menjalani latihan Pegawai kadet. Ianya suatu pengalaman indah untuk diingati tetapi bukan untuk dilalui semula. Bila terkenangkan zaman tersebut ia pastinya indah dan sentiasa terpahat diingatan setiap orang yang mengikutinya. Di sinilah penulis mengenal erti dewasa bila mana kepahitan serta kemanisan bergabung dalam suatu masa dan menciptakan suatu kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Harapan penulis kepada pelayaran ini ialah semoga pelayaran ini menjadi kebanggaan buat TLDM khasnya dan juga Malaysia amnya. Pengalaman serta kepayahan yang kami tempuhi inilah yang bakal menjadikan kami pegawai yang lebih matang dalam segala aspek untuk terus bersama memartabatkan TLDM di mata dunia.
Hari semakin larut dan warga kapal yang lain sudah pun tidur akibat kepenatan mengharungi rutin harian yang padat. Limpahan cahaya bulan menerangi lautan yang kesunyian ini. Sejenak terkenangkan insan tersayang yang sudah dua purnama ditinggalkan. Mungkin sukar untuk kami mengirimkan berita namun itu tidak bermakna kami di sini lupa akan mereka. Semoga orang yang kita sayangi berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.
Monday, August 24, 2009
manado
Sepanjang sail bunaken 09 ni aku banyak menulis mengenai pelayaran aku je. Sepanjang hari aku hanya melihat lautan biru pelbagai wajah yang merentangi laluan aku. Keadaan laut di sekitar laut sulu ni agak baik. Dan cuaca sentiasa menyebelahi kami. Syukur ke hadrat illahi kerana diberikan kami cuaca yang sebegini.pelbagai perkara yang dirancang dapat dilakukan dengan elok dan mencapai objektif yang digariskan. Dari pelbagai sudut kesihatan, latihan, kerohanian dan sebagainya. Tak lama lagi kapal akan tiba di bitung, Sulawesi utara Indonesia. Bitung adalah salah sebuah pelabuhan terkenal di Sulawesi utara ni malah ia merupakan pelabuhan komersil terbesar di kepualauan Sulawesi utara pada masa kini. Menado pula merupakan pusat pentadbiran kepada wilayah ini. Manado terdiri daripada 9 buah daerah dan Bandarnya sahaja didiami oleh 417500 orang penduduk. Kalo di lihat pada sizenya takdelapadat sangat sangat kerana kawasan ini terlalu la besar dan banyak lagi kawasan yang terbiar. Struktur muka buminya pula terdiri daripada kawasan gunung ganang dan hutan hijau yang masih belum diterokai. Malah di sini juga ada lagi masyarakat yang menjalani kehidupan seperti di zaman purba. Amalan tradisi seperti pengkebumian mayat di lereng bukit masih lagi dilakukan di kepulauan ini. Malah perkara ini bukanlah satu perkara yang asing bagi penduduk tempatan. Walaupun dari segi kemajuan teknologi, dearah ini bukanlah sebuah daerah yang mundur, ianya bergerak seiring dengan daerah-daerah lain yang terdapat di Indonesia ini. Tanah yang dijumpai pada tahun 1658 ini sememangnya menyimpan banyak sejarah serta budaya yang perlu aku terokai. Memang dah boleh dikatakan hamper kesemua daerah di Indonesia dah aku lawati namun bagi aku manado pasti ada kelainanya. Semakin hari aku dapt lihat hubungan aku dengan warga kapal semakin baik dan mereka semakin patuh mengikut arahan selagi arahan yang diberikan tidak bertentangan dengan bidang kuasa la.. aku juga faham dalam menghadapi pelayaran yang panjang macam ni pastinya mental fizikal warga kapal harus aku ambil kira. Pengalaman ketika mengelilingi dunia benar-benar mengajar aku dalam mengendalikan perkara sebegini. Kekadang tu sunyi jugak aku rasa. Bila semua orang mula duduk bersama dan bercerita pasal keluarga masing-masing. Kerenah anak kesayangan masing-masing, aku jugak yang diam. Sebaliknya aku hepi dengan anak-anak dorang tu. Macam pakcik la pada dorang. Padahal dorang tatau pun yang hati aku ni kosong sebenarnya. Bukan tak nak.. aku nak tapi ntah la dah takdir macam ni kot. Aku terima semua ini dengan hati terbuka dan redha. Aku bukanlah memilih just aku nak yang terbaik untuk aku. Aku nak yang strong, untuk memahami kerjaya aku. Memang kalo masa bersama pasti takde masalah kerana aku leh wat sume benda.. tapi kalo berjauhan macam ni memang susah la.. apa yang perlu ada hanyalah kepercayaan terhadap diri memasing.
persahabatan
Sekarang aku dah tiba di persinggahan ketiga sail bunaken 09. Persinggahan di Sandakan setelah merentasi selat malawali untuk tiba di sini.. Alhamdulillah pelayaran padakali ini berjalan dengan baik.. keadaan laut yang pada awalnya menunjukkan wajah yang bengis namun di akhir pelayaran kami menikmati keadaan cuaca serta angin yang baik.. latihan pengendalian layar dapat dilakukan dengan berkesan dan mencapai sasaran.. kini tibalah kami ke destinasi yang dituju.. Sandakan sebuah Bandar yang terletak di negeri sabah. Bandar yang masih jauh dari arus pembangunan dan pastinya bandar ini menyimpan pelbagai perkara yang perlu aku terokai. Sesampai di Sandakan ni aku bertemu dengan seorang sahabat lama aku. Memang kalo nak dikira kami ni memang baik. Baik sangat la satu masa dulu. Tapi nak wat macamana dah jauh so terpaksalah akur dengan situasi. Tapi apa yang jelas dapat dilihat.. tali persahabatan yang pernah wujud satu masa dulu tak mungkin akan terus hilang dan lenyap begitu sahaja. Setiba je kapal aku di posisi bersauh dia datang dengan bawak makanan dan air.. kalo diikotkan bukan besar mana pun benda tu.. tapi kesanggupan dia nak jumpa kami ni wat aku terharu.. padahal esok dah tentu kapal aku masuk ke jeti.. tapi nilah yg aku katakana erti persahabatan yang terjalin takmungkin akan terputus dengan mudah.. jadi hargailah persahabtan yang kita miliki dulu,kini dan seterusnya kerana pastinya ia merupakan kenangan terindah dalam hidup kita. Bibit2 kenangan yang kita tempa tak mungkin bermakna sekiranya tanpa rakan disisi kita.. kenangan bersama rakan merupakan kenangan manis yang mudah untukkita ingati.. pengalaman pahit yang kita alami seorang diri hanyalah perkara yang terpalit dalamlipatan sejarah hidup kita namun kenangan pahit bersama rakan adalah sejarah seumur hidup kita bersamanya.. hargailah persahabatan dan pengalaman.. takmungkin sama sekali ianya mampu dibeli dengan wang ringgit.. kita mungkin ada wang yang banyak namun sempurnakah hidup kita tanpa ikatan persahabtan yang sejati..sail bunaken lama lagi ni.. lambat lagi le aku nak balik ni.. ish rindu la kat family aku.dah banyak perkara yang aku alami dalam kehidupan aku sebagai seorang pelaut. Betul la kata orang putih laut yang tenang takkan dapat melahirkan pelayar yang mahir. Calm sea will never produce a skillful sailor.. sebenarnya banyak perkara yang buruk dan yang baik dalam kehidupan aku sebagai seorang pelaut. Ntah apa yang menarik pun aku tak tau. Kenapa la adik aku nak sangat sangat jadi macam aku ni. Peritnye dia tak Nampak lagi dan apa yang dia Nampak sume yang seronok je pada aku. Ye la aku balik rumah takkan la aku nak tunjuk yang susah pada mak ayah aku n kawan2 aku. Apa pun pilihan hati dia aku harap dia dapat buat dengan baik. Apa jua bidang yang kita ceburi sebenarnya memerlukan komitmen yang tinggi. Pengorbanan atau lebih tepat price that we have to pay la.. bukan mudah nak jadi seorang yang berjaya dalam kehidupan kita. Sekarang ni kapal dah berada di sulu sea. Keadaan laut agak tenang sepanjang pelayaran kali ni.
